Friday, June 20, 2008
Kerjaya GURU jangan dipandang enteng..
“Kau nak jadi apa besar nanti Mat”, tanya ibu yang mahu mengetahui cita-cita anaknya.”Mat ingat nak jadi cikgu sekolah je la mak”, jawab Mat kepada ibunya.”Banyak-bayak kerja yang ada kat dunia ni kenapa cikgu yang kau pilih?”, tanya ibu untuk menguji kesungguhan anaknya itu.”Ala mak, kalau jadi cikgu, bole balik rumah awal, kerja pun tak berat sangat, nanti boleh jenguk-jenguk mak di kampung selalu.Gaji cikgu pun boleh tahan juga sekarang ni”,Mat menjelaskan kepada ibunya yang sedang melipat pakaian yang baru diangkat dari ampaian.”Ikut suka kau lah Mat. Jangan kau menganggur sudah. Sekarang ni nak dapat kerja pun susah. Kalau dah itu keputusan kau, baguslah. Mak tumpang gembira”balas Si ibu yang bangga dengan cita-cita anaknya tanpa mengetahui apa itu GURU sebenarnya.
Mungkin begitulah tanggapan banyak pihak terhadap kerjaya guru. Habis kerja awal. Kerja tak terlalu membebankan. Boleh selalu balik kampung. Banyak masa bersama keluarga. Segala-galanya seronok. Mungkin benar, tapi bukan untuk guru di negara ini. Banyak perkara yang perlu difikirkan dan diperhalusi sebelum memilih guru sebagai kerjaya. Perkara utama yang perlu dimuhasabah sebelum memikirkan soal yang seronok-seronok adalah kesediaan seseorang itu berkorban dalam segala hal. Keluarga, masa, tenaga, wang ringgit (mungkin juga US Dolar), cara hidup dan banyak lagi bentuk pengorbanan yang perlu diberikan apabila memilih guru sebagai kerjaya. Saya juga tak terfikir semua ini sehinggalah saya ke sekolah untuk melihat sendiri kehidupan sebagai seorang guru. Dan jangan pula mengharap pengorbanan itu dibalas. Guru bukan hanya mengajar. Guru perlu juga jadi pelajar. Bersedia untuk belajar. Belajar daripada yang tahu. Keluar universiti atau maktab bukan bermakna kita tahu segalanya. Kadang-kadang nak buat rancangan mengajar pun tak tahu. Bukan tak belajar masa di universiti dan maktab dulu. Tapi kaedah dan metodnya berbeza. Tapi lagi malang kalau nak bawa watak guru tu pun tak berapa nak tahu. Maka jadilah guru yang hanya menunggu bulan berlalu. Bayar hutang kereta, rumah dan aset yang beribu-ribu.
Saya juga masih belajar. Tak tahulah macam mana nanti. Tapi banyak juga yang saya cuba ambil tahu sebelum nak jadi cikgu. Kalau difikirkan soal kepayahan dan kesusahan, memanglah akan risau dan ragu. Tapi semangat untuk meneruskan perjuangan guru masih tersemat di dalam kalbu. Biarlah nak kata apa, matlamat mesti jelas. Usaha untuk ke arah yang terbaik mesti diteruskan. Apa yang seronoknya jadi cikgu kalau semuanya susah? Kita cuba bincangkan nanti…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment