Thursday, December 25, 2008
PPSMI..UPSI di mana?
Saya mulakan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Saya cuba untuk menulis seperti Che Det..atau mungkin Dr. Asri..atau mungkin Anwar Ibrahim..mungkin juga Khir Toyo…tapi apakan daya..sehebat mana pun kita menulis, siapa mahu pandang kalau tiada kedudukan seperti mereka..namun atas semangat ‘mahasiswa’ itu, jari jemari harus dipaksa mengalirkan cecair pandangan dari akal ke atas kertas maya ini.
Kecewa pun tidak, gembira pun tidak..Seperti tiada perasaan..Kaku, bisu, pekak, buta, ke apa mahasiswa UPSI ni..?Mungkin hanya baca dan kemudian menyerahkan bulat-bulat kepada orang politik putuskan..
Tidak bagi saya..walaupun di hujung usia bergelar mahasiswa, saya mahu melontarkan pandangan dan mencabar mereka yang kononya mahu menjadi arkitek minda anak bangsa. Isu PPSMI. Ini bukan tulisan ilmiah untuk mendefiniskinikan satu per satu maksud PPSMI. Saya nak terus kepada hujahnya, saya tolak PPSMI. Jangan nak panjang-panjangkan cerita lagi tentang PPSMI. Yang bantah lebih ramai dari yang sokong. Kajian dah buat, apa lagi nak?Balik kepada basisnya, ilmu untuk dikuasai terlebih dahulu. Nak kuasai kena faham. Nak faham kena belajar. Nak belajar perlu ada kaedah. Kaedah perlu ada bahasa. Bahasa itu mesti yang difahami. Cukup dulu setakat itu. Kalau nak bincang untuk setaraf dengan negara maju yang guna bahasa Inggeris, biar anak-anak ini faham dan kuasai dulu asas ilmu itu. Dalam hal PPSMI ini, anak-anak yang mahu belajar sains dan matematik ini perlu dimotivasikan, perlu diberi pelajaran itu menggunakan bahasa yang digunakannya. Barulah mudah untuk dia faham, kuasai dan mengaplikasikannya. Itu konsep belajar. Jangan ingat anak-anak yang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini boleh terus jadi angkasawan. Nak terus ajar guna Bahasa Inggeris. Banyak lagi hujah, tapi saya kira hujah-hujah itu sudah seringkali kita dengar, kita baca.
Untuk UPSI. Di mana kamu?Saya tak nak persoal ahli akademik di UPSI, pandai-pandailah mereka, nak ambil tahu atau tidak, terpulang kepada mereka. Mereka lebih tahu.
Bagi mahasiswa, saya menggesa anda semua, nyatakan sokongan anda di mana. Kalau anda sependapat dengan saya, saya sarankan, bergeraklah bersama NGO di luar yang sedang bertungkus lumus memperjuangkan pemansuhan PPSMI ini. AUKU dah bagi ruang, tiada alasan lagi. Ayuh kita bersama GAPENA. Ayuh kita bersama PKPIM. Ayuh bersama TERAS. Ini bukan soal menentang kerajaan. Ini soal menentang dasar. Kalau parti lain yang memerintah pun, guna PPSMI ini, kita bantah. Apalah kiranya kalau Persatuan Mahasiswa Sains bersama Persatuan Mahasiswa Matematik, diperkuatkan lagi dengan Persatuan Astronomi, dibariskan juga dengan Persatuan Bahasa Melayu, dikukuhkan lagi dengan persatuan-persatuan lain yang berminat, berjumpa dengan pimpinan GAPENA, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar contohnya, untuk nyatakan sokongan. Jangan hanya baca dan tengok sahaja. Atau mungkin bersama PKPIM. Mereka kini sedang giat mengumpul petisyen dalam laman sesawangnya. Kita bantu. Ini baru anak jantan.
Saya cabar anda sebagai pimpinan mahasiswa UPSI bergerak demi memartabatkan bahasa Melayu kita. Kita sebagai orang yang akan laksanakan dasar yang dibuat seharusnya kritikal dengan dasar itu. Jangan gentar dengan ugutan tak dapat posting. Ini permainan lama. Kita bukan menentang kerajaan, Kita hanya tentang dasar PPSMI. Ayuh kita bergerak.
MPP bagaimana?Susah sikit sebab nakhodanya menang tanpa bertanding dan kurang taring. Biarlah mereka dengan bilik berhawa dingin mereka. Tapi kalau mereka mahu bersama, mungkin 8 ahli mereka itu, kita alu-alukan.
Boleh sahut cabaran??
Tuesday, December 9, 2008
Alhamdulillah..
Lama betul tak menulis..lama betul tak update blog..Sibuk yang teramat..Memang betul-betul sibuk..Sampailah saat ini..
Dah free tapi tak tau apa pula yang nak ditulis…
Friday, October 10, 2008
KHAR akan jadi tumpuan..

Laluan ke Bitarasiswa agak kelam-kabut...
Melihat kepada jadual PRK kali ini sangat menyuntukkan. Tempoh berkempen yang terlalu singkat mengecewakan. Memang benar seperti apa yang dikhabarkan..(klik)
Pembubaran MPP 2007/2008

Thursday, October 9, 2008
Pemergian Sebutir Mutiara..Al-Fatihah..

Monday, September 29, 2008
Ramadhan ya Ramadhan..

Thursday, September 11, 2008
Mahasiswa harus berani seperti Ramlang Porigi..

Wednesday, September 10, 2008
Anak Yatim dan Ramadhan...

Aura...



Tuesday, September 9, 2008
Lawatan Sambil Belajar bukan hanya untuk pelajar..

Monday, September 8, 2008
Semetrik Physics Camp..sesuatu di luar jangkaan..
Maaf dipohon..
Maaf kerana begitu lama tidak mengemaskini blog ini. Sokongan saudara-saudari didahului dengan ucapan terima kasih. InsyaAllah, blog ini akan aktif dengan tulisan-tulisan baru yang segar dalam sehari dua lagi. Terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan...Salam Ramadhan..Selamat Menikmati Ramadhan..Assalamualaikum..
Saturday, July 5, 2008
Berita dari Medan..
Agak lama juga tak hantar nukilan dalam blog ni..sibuk dengan pelarasan segala-galanya sekembali dari penjelajahan ke Medan. Terlalu banyak perkara yang perlu dibereskan. Apapun saya tak mampu nak bawa balik pulang banyak cenderahati buat kalian yang membaca. Cuma pengalaman mungkin yang mampu saya berikan. .
Syukur..Alhamdulillah..Kalau sebelum ini saya hanya membaca keadaan masyarakat di sana, anak-anak yang tercicir dan sebagainya, dengan takdir Tuhan saya dapat sampai ke salah sebuah daerah di Sumatera Utara, Medan, untuk mengamati keadaan sebenar. Banyak bezanya. Positif ada, negatif pun ada. Kita cerita yang negatif kemudian. Kita lihat yang positifnya dulu.
Belajar..
Dari segi material dan kemudahan jauh bezanya dengan kita. Tapi dari segi semangat menuntut ilmu, saya kira patut kita contohi. Anak-anak jalanan meskipun berjalan mencari kotak-kotak, kertas dan sebagainya, masih mempunyai keazaman untuk belajar menuntut ilmu. Seperti tidak percaya yang mereka ini berjalan di sekitar kota Medan mencari bahan kitar semula untuk dijual bagi membantu ayah dan ibu mencari pendapatan tambahan. Apabila ditanya apakah kerja ini dilakukan sepanjang hari?. Jawabnya tidak. Hanya selepas tamat waktu persekolahan (waktu petang). Lihatlah betapa susahnya mereka berusaha mencari wang bagi menampung kehidupan seharian dan sudah semestinya juga perbelanjaan untuk mereka belajar di sekolah. Lantas saya segera menyumbangkan beberapa buah buku buat anak-anak ini sesuai dengan misi program, penjelajahan bakti. Semoga mereka peroleh motivasi untuk terus belajar demi masa depan.
Saturday, June 21, 2008
Terima kasih SMK Dato' Zulkifli Muhammad..
Friday, June 20, 2008
Kerjaya GURU jangan dipandang enteng..

Thursday, June 19, 2008
ROS di SMK Dato’ Zulkifli Muhammad, Slim River : Menyingkap Kenangan

Wednesday, June 18, 2008
Assalamualaikum..
Subscribe to:
Posts (Atom)